Mum & sons

Mum & sons

Monday, June 13, 2011

Kelebihan Bulan Rejab utk Berpuasa

Sabda nabi S.A.W : “Sesungguhnya bulan Rejab itu bulan Allah, bulan Syaaban itu bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.” Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Pintu rahmat daripada Allah terbuka luas bagi hamba-hambaNya yang inginkan kesejahteraan jiwa dan ketenangan fikiran. Berikut merupakan kelebihan bulan Rejab:

malam awal Rejab mustajab Doanya
puasa sehari pada bulan Rejab mendapat pahala syurga yang tertinggi (Firdaus).
Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya
puasa 3 hari mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)
puasa 4 hari diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari kiamat
puasa 5 hari aman dari azab kubur
puasa 6 hari keluar dari kubur bercahaya mukanya
puasa 7 hari ditutup daripadanya 7 pintu neraka
puasa 8 hari dibuka baginya 8 pintu syurga
puasa 9 hari keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah' tidak ditolak dia dari memasuki syurga
puasa 10 hari, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titian Sirotulmustaqim pada tiap-tiap satu batu.



“Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan memohon keampunan dari dosa-dosa kamu dan hindarkanlah perbuatan maksiat dalam bulan mulia iaitu bulan Rejab.”

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.



REJAB bulan menabur benih.

SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.

RAMADHAN bulan menuai.



REJAB menyucikan badannya.

SYA'ABAN menyucikan hatinya.

RAMADHAN menyucikan rohnya.



REJAB bulan taubat.

SYA'ABAN bulan muhibbah.

RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.



p/s: renung2 kanlah..:)

No comments:

Post a Comment

About this blog